Jumaat, 2 Mac 2012

Allah akan membalas kesedihan ini.

"La Tahzan"

Kesedihan yang telah berpaut di hati ni betul2 membuatkan hati rasa hambar,kerdil dan hina.Subhanallah..Dialah sebaik2 tempat untuk mengadu.LA TAHZAN ya akhi...ada yg tebaik buat engkau.Allah menyayangi Mu,sebab itu dia hendak mengujimu.

Puas hati ini menangis,meronta2 mencari bahgia namun apa yang dapat diluahkan belum sama apa yang dirasa.Hujan ribut melanda di bumi Allah,Sekalipon hati masih belum cukup reda dengan ujian Allah.

Mungkin memang jodohku.Tapi aku berharap agar dijodohkan dengan dia.Silapku pada kesilapan lalu betul2 mengajar erti bersyukur,mengajar erti kasih sayang dan saling memerlukan.Salahkah aku ingin menjaga dia supaya kelihatan lebih teratur?kelihatan terpelihara? ya Allah peritnya hidup ini.

Mengapa? kenapa? bagaimana? apakah?

Segalanya bermain di lubuk hati.Tercoret pelbagai anggapan.Kalau dia bukan milliku kau  jauhkan lah dia dari diriku supaya tidak aku berharap kepadanya.Aku hanya manusia yang hanya ada sekeping hati.Yang tidak mampu meletakkan segala rasa dalam hidupku.Kesal dengan apa yang dah jadi.Cuba untuk kuat namun tetap gagal..

Cahaya yang satu menembusi hatiku.Merentas segala rasa.Merindu segala kata2.kenapalah Allah uji aku sebegini.Seandainya  tidak diciptakan untukku,aku bermohon agar jangan penah engkau kenali dia buatku.Sungguh aku terluka...

Allah tabahkan hati ini untuk terus bertapak mendapat redha Mu ya Allah..



People can change

Dah lama rasanya aku tak sibukkan diri untuk meluah itu dan ini di blog.Setelah sibuk dengan kuliah,hafaz quran dan jugak sibuk menimba ilmu.Insan kerdil seperti aku,masih banyak yang belum cukup.Rindu rasanya nak meluahkan rasa dan kalam di blog.

Hari demi hari berlalu.Yang dah lepas tidak dapat di ulang balik.Apatah lagi segala apa yang Allah aturkan itu sangat2 bermakna bagi setiap hambanya.Namun pada kita yang melalui,moga dapat tabahkan diri,hati dan juga iman.Biasalah dalam ujian hidup kite berhak diuji oleh Pencipta.Apalagi kita hanya manusia biasa yang tidak punya apa2 untuk menghalang.Redha Allah itu terletak kepada kedua ibu bapa.Syukur Allah menjadikan keduai ibu bapa ku untuk terus kuat dengan ujian mendidikku sejak kecil sehingga sekarang.Dah hampir 24 tahun aku membesar dengan wang ringgit mereka,kasih sayang mereka serta pengorbanan mereka.Moga Allah saja yang dapat membalas segala keringat yang telah mereka juangkan dan korbankan.

Dengan rasa rendah hati dan kasih sayang,aku lupakan kisah silamku dalam pencintaan.Aku ubah sikap burukku moga ianya jadi lebih baik.Aku kerana percaya pada taqdir dan aku kene kuat tuk melupakan orang yang lupakan aku dan curang terhadap aku.For my best aku kena hadapi semua tu supaya aku lebih dekat pada Allah.Moga Allah ampunkan dosa2 silamku yang lalu.

Jodoh itu rahsia Allah.Sejauh mana kita merancang Allah adalah sebaik2 perancang.Saabarlah wahai hati,moga jodoh yang akan datang,terus kekal hingga ke syurga.Bukan mudah untuk bercinta jarak jauh.Apatah lagi dihasut orang ketiga.Namun sabarlah supaya aku lebih tahu mana permata dan mana kaca.

Kini aku merasakan hatiku lebih rasa bahgia.Bukan kerana munculnya bidadari baru tetapi munculnya sikap takut dan hina setelah melakukan dosa yang bertimbun2.Ya Rabbi..Ampunilah aku.Tunjukkan aku jalan yang lurus dan permudahkan segala niat hatiku ini.

Sekarang orang yang aku sayang,orang yang aku tak lengang berkongsi cerita,kasih,rindu dan jugak perasaan telah pon selamat bertunang.Mereka dengan nekad bertunang pada 12/2/2012.Betul kata mak aku  " seandainya si dia betul2 mencintai aku dia tetap akan tunggu aku walau sehebat mana rintangan yang dilalui ". kata mak aku lagi kemungkinan besar dia dah lama bersama tunang dia lama sejak aku di perantauan lagi.Namun aku hanya senyap sambil memikirkan betul @ tidak sikapnya sedemikian.

Dia dahulunya memang seorang yang kaki lelaki,bukan maksud aku kaki lelaki yang suka enjoy sane sini.Tidak,dia bukan seperti itu.Dia hanya ramai kawan laki dan suka bersama dikalangan lelaki yang hensem2 dan banyak duit.Biasalah perempuan.Sebaik mana sekalipon tidak lari pada nafsunya yang sembilan.Salah satunya duit.

So as a man aku just dapat redha dengan segala ketentuan Allah.Kadang2 naluri seorang ibu ini betul.Mungkin dia perempuan yang tidak baik buatku.Yang terlalu mudah bertukar kasih dengan laki lain dan yang terlalu mudah menerima cinta laki lain.Asalkan die merasa cukup sesuai dia terima.Apatah laki yang sudah ada ekonomi yang cukup.Hey gurl...Allah itu maha Adil.Setiap apa yang dilakukan pasti ada balasan.Samaada baik mahupon buruk.

Jadi sebagai seorang hamba aku just follow the flow la..Pasrah itu memang perlu.Jodoh di tangan Allah.senyum je dan moga aku juga lebih bahgia dari menagih dan mengharapkan cinta perempuan sedemikian.Sabar pasti ada yang lebih baik.

Janji Allah itu pasti.

Sabtu, 11 Februari 2012

12/02/2012

Tarikh 12/02/2012 mengurai segala perasaan hati yang sangat memilukan.Esok sejarah tarikh hitam bagi diriku.Mencintai seseorang yang hanya untuk mengambil kesempatan terhadap diri ku.Membazir betul bercinta dengan dia.Last2 die kawen dengan laki lain.Memang cinta itu buta lah.Tak kenal usia,x kenal siape,xkenal sakit ke ape...

Berkawan lama2...berkasih bertahun,akhirnye dia bukan jodohku.Namun hanya Allah saja yang mengetahui lakaran hidupku ini.Rapuh tetap rapuh.Esok minah ni dah tunang dengan balak dia.Dia bercinta xsampai 3hari lepastu terus nk kawen.Tak tahu la asal.Tapi...Perempuan jenis dia ni memang problem.Kalau tahu kesetian dia hampeh baik aku setia dan mencintai yang betul2 tunggu aku dan sayang aku.Muka bajet lawa pon tapi hati busuk..buat apa kan.Lagi kawan dia semua tahu perangai dia macam mana dulu.Kawan karib dia sndiri cakap lupakan je minah cam gitu...buang mase je.Pantang nampak laki ensem,laki ade duit..tukar arah.Biaselah..kaki kikis.

Hurm...aku makin lame makin bosan dengan sikap kau minah.kau ni kadang2 boleh pakai..kadang2 x boleh pon.buang duit aku banyak habis dekat kau.tengok kau ni pon jenis mata duit2..susah jugak.Nak yang kaya je.Bungukss...huhuhu....lantak la...hurm...

esok ko tunang..moga2 kau setia lah dengan tunang kau.nanti jangan kau pulak buat masalah....

Ujian demi Ujian

Rasa hiba dengan hari yang bakal mendatang.Rasa benci bermain dari fikiran.Apetah lagi di hati.Rapuh semua impian bak rapuhnya kayu di makan anai2.Susah ku luahkan rasa menyesal mengenali dia.Dia hanya lah singgahan sementara di lubuk hatiku.Aku mengharapkan dia menjadi yang terbaik,namun itu yang kau tarik ya Allah.Kesal dengan segala apa yg berlaku.

Setiap yang berlaku itu kau titip kan dengan hikmah..moga2 kau membalas segala perbuatan nye.Ya kau yang maha tahu.Aku redha dengan kehendak Mu.Aku tahu kau berhak memberi dan kau jua berhak mengambilnya kembali.Kau lah sebaik2 perancangan.Aku mohon setiap langkahku kau berikan aku kekuatan dan  pertolongan.Amin

Khamis, 9 Februari 2012

Demi mereka..

Demi Allah,ibu ayah serta semua orang yang aku kasih serta cinta,aku cuba bangun dari cahaya kegelapan.Aku hanyut dibuai luka dan dipilu.Tatkala hatiku ini dilanda gelora cinta,aku rapuh..aku hilang arah,aku leka sehinggakan apa yang aku impikan termusnah.Jam demi jam,hari demi hari,bulan demi bulan silih berganti..namun aku sudah tidak mampu lagi menanggung rasa luka ini.Ianya amat pedih,perit dan sakit.

Usah ditanya bagaimana hidupku sejak akhir2 ini..aku tidak mampu menjawabnya.Kelu lidah untuk meluahkan rasa.Hilang kata2 dibawa angan-angan yang tidak kesampaian.Namun..aku terus melangkah sedikit demi sedikit.Ayuh..bangunlah wahai hati..usah tangisi kesakitan yg engkau lalui.Semuanya milik Allah.Sedarlah engkau hanya meminjam..

Wallahu A'lam

Salam Permulaan~

Bermulanya dengan bismillah..Aku jadikan bLOg ini tempat aku meluah segala perasaan.Moga ianya dapat memberi kekuatan padaku supaya aku dapat teruskan sisa hidupku ini dengan mendapat redha Mu.Amin..

Wallahu A'lam