Jumaat, 2 Mac 2012

People can change

Dah lama rasanya aku tak sibukkan diri untuk meluah itu dan ini di blog.Setelah sibuk dengan kuliah,hafaz quran dan jugak sibuk menimba ilmu.Insan kerdil seperti aku,masih banyak yang belum cukup.Rindu rasanya nak meluahkan rasa dan kalam di blog.

Hari demi hari berlalu.Yang dah lepas tidak dapat di ulang balik.Apatah lagi segala apa yang Allah aturkan itu sangat2 bermakna bagi setiap hambanya.Namun pada kita yang melalui,moga dapat tabahkan diri,hati dan juga iman.Biasalah dalam ujian hidup kite berhak diuji oleh Pencipta.Apalagi kita hanya manusia biasa yang tidak punya apa2 untuk menghalang.Redha Allah itu terletak kepada kedua ibu bapa.Syukur Allah menjadikan keduai ibu bapa ku untuk terus kuat dengan ujian mendidikku sejak kecil sehingga sekarang.Dah hampir 24 tahun aku membesar dengan wang ringgit mereka,kasih sayang mereka serta pengorbanan mereka.Moga Allah saja yang dapat membalas segala keringat yang telah mereka juangkan dan korbankan.

Dengan rasa rendah hati dan kasih sayang,aku lupakan kisah silamku dalam pencintaan.Aku ubah sikap burukku moga ianya jadi lebih baik.Aku kerana percaya pada taqdir dan aku kene kuat tuk melupakan orang yang lupakan aku dan curang terhadap aku.For my best aku kena hadapi semua tu supaya aku lebih dekat pada Allah.Moga Allah ampunkan dosa2 silamku yang lalu.

Jodoh itu rahsia Allah.Sejauh mana kita merancang Allah adalah sebaik2 perancang.Saabarlah wahai hati,moga jodoh yang akan datang,terus kekal hingga ke syurga.Bukan mudah untuk bercinta jarak jauh.Apatah lagi dihasut orang ketiga.Namun sabarlah supaya aku lebih tahu mana permata dan mana kaca.

Kini aku merasakan hatiku lebih rasa bahgia.Bukan kerana munculnya bidadari baru tetapi munculnya sikap takut dan hina setelah melakukan dosa yang bertimbun2.Ya Rabbi..Ampunilah aku.Tunjukkan aku jalan yang lurus dan permudahkan segala niat hatiku ini.

Sekarang orang yang aku sayang,orang yang aku tak lengang berkongsi cerita,kasih,rindu dan jugak perasaan telah pon selamat bertunang.Mereka dengan nekad bertunang pada 12/2/2012.Betul kata mak aku  " seandainya si dia betul2 mencintai aku dia tetap akan tunggu aku walau sehebat mana rintangan yang dilalui ". kata mak aku lagi kemungkinan besar dia dah lama bersama tunang dia lama sejak aku di perantauan lagi.Namun aku hanya senyap sambil memikirkan betul @ tidak sikapnya sedemikian.

Dia dahulunya memang seorang yang kaki lelaki,bukan maksud aku kaki lelaki yang suka enjoy sane sini.Tidak,dia bukan seperti itu.Dia hanya ramai kawan laki dan suka bersama dikalangan lelaki yang hensem2 dan banyak duit.Biasalah perempuan.Sebaik mana sekalipon tidak lari pada nafsunya yang sembilan.Salah satunya duit.

So as a man aku just dapat redha dengan segala ketentuan Allah.Kadang2 naluri seorang ibu ini betul.Mungkin dia perempuan yang tidak baik buatku.Yang terlalu mudah bertukar kasih dengan laki lain dan yang terlalu mudah menerima cinta laki lain.Asalkan die merasa cukup sesuai dia terima.Apatah laki yang sudah ada ekonomi yang cukup.Hey gurl...Allah itu maha Adil.Setiap apa yang dilakukan pasti ada balasan.Samaada baik mahupon buruk.

Jadi sebagai seorang hamba aku just follow the flow la..Pasrah itu memang perlu.Jodoh di tangan Allah.senyum je dan moga aku juga lebih bahgia dari menagih dan mengharapkan cinta perempuan sedemikian.Sabar pasti ada yang lebih baik.

Janji Allah itu pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan