Kesedihan yang telah berpaut di hati ni betul2 membuatkan hati rasa hambar,kerdil dan hina.Subhanallah..Dialah sebaik2 tempat untuk mengadu.LA TAHZAN ya akhi...ada yg tebaik buat engkau.Allah menyayangi Mu,sebab itu dia hendak mengujimu.
Puas hati ini menangis,meronta2 mencari bahgia namun apa yang dapat diluahkan belum sama apa yang dirasa.Hujan ribut melanda di bumi Allah,Sekalipon hati masih belum cukup reda dengan ujian Allah.
Mungkin memang jodohku.Tapi aku berharap agar dijodohkan dengan dia.Silapku pada kesilapan lalu betul2 mengajar erti bersyukur,mengajar erti kasih sayang dan saling memerlukan.Salahkah aku ingin menjaga dia supaya kelihatan lebih teratur?kelihatan terpelihara? ya Allah peritnya hidup ini.
Segalanya bermain di lubuk hati.Tercoret pelbagai anggapan.Kalau dia bukan milliku kau jauhkan lah dia dari diriku supaya tidak aku berharap kepadanya.Aku hanya manusia yang hanya ada sekeping hati.Yang tidak mampu meletakkan segala rasa dalam hidupku.Kesal dengan apa yang dah jadi.Cuba untuk kuat namun tetap gagal..
Cahaya yang satu menembusi hatiku.Merentas segala rasa.Merindu segala kata2.kenapalah Allah uji aku sebegini.Seandainya tidak diciptakan untukku,aku bermohon agar jangan penah engkau kenali dia buatku.Sungguh aku terluka...
Allah tabahkan hati ini untuk terus bertapak mendapat redha Mu ya Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan